Menu
Surah Al-Kahfi Isi kandunganDalam ayat 9–26[1] dalam surah ini ada menceritakan perihal Ashabul Kahfi iaitu "Penghuni Gua". Ia memperihalkan tentang sekumpulan anak muda yang beriman yang berada pada zaman penindasan oleh pemerintah yang tidak beriman. Atas petunjuk dari Allah, mereka melarikan diri dari kota bersama-sama, dan berlindung di dalam sebuah gua tempat mereka ditidurkan. Allah menidurkan mereka selama beberapa tahun. Menurut ayat tersebut, ada orang dari kota itu menyatakan 300 tahun, ada pula mendakwa 309 tahun. Bilangan tahun yang sebenar hanya diketahui oleh Allah semata-mata. Allah menjadikan keajaiban ini untuk melindungi pemuda-pemuda beriman tersebut dan menunjukkan kekuasaan-Nya terhadap makhluk. Apabila mereka terjaga, mereka tersedar yag mereka berada dalam masarakat yang telah beriman dengan Allah.
Dalam ayat 32–44, surah ini memperihalkan perumpamaan dua orang yang satunya dikurniakan Allah pelbagai nikmat kemewahan dan satu lagi dalam serba kekurangan. Si kaya itu membuat maksiat serta menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada pada dirinya serta gah pada keturunannya yang mulia.
Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
Akhir kisah ini, Allah memusnahkanapa yang telah diberikan kepada orang itu.[3]
Kisah utama dalam surah ini (ayat 60–82[4]) ialah tentang Nabi Musa mengembara untuk mencari ilmu dari hamba Allah yang lain yang tidak disebutkan nama, tetapi menurut tafsir ibn Kathir, lelaki itu dipanggil Al-Khidir.[5]
Akhirnya, surah menyatakan dalam ayat 83–98[6] tentang seorang lelaki yang mengembara jauh ke timur dan barat - yang diberi nama Zulkarnain.
Menu
Surah Al-Kahfi Isi kandunganBerkaitan
Surah Quran Surah al-Fatihah Surah Al-Kahfi Surah At-Taubah Surah al-Baqarah Surah Al-Insyirah Surah Al-Ikhlas Surah Al-Fiil Surah al-Alaq Surah Al-InsyiqaaqRujukan
WikiPedia: Surah Al-Kahfi http://alquran.cz.cc/2010/04/018-gua.html http://www.qtafsir.com/index.php?option=com_conten... http://quran.com/18/28 http://quran.com/18/32-44 http://quran.com/18/34 http://quran.com/18/60-82 http://quran.com/18/9-26 http://www.tafsir.com/default.asp?sid=18&tid=29908 http://wikisource.org/wiki/Al-Quran/Al-Kahfi